December 30, 2011

Jari saya tak normal?



Salam.


Kisah suatu hari itu. Ewah.


Cik Anis borak-borak dengan EBS. Entah macam mana kami bercerita tentang tangan. Mungkin masa tu Cik Anis mengomel sebab cincin kot. Entah la tak ingat da. Haha.


Cik Anis memiliki jejari yang runcing. Wah perasan sangat! Haha. Pernah beberapa orang kawan mengeluarkan statement pada Cik Anis lebih kurang begini;


“Eh jari macam lelaki.”


“Panjangnya jari, macam lelaki.”


“Wah tangan nampak urat ngan tulang. Macam lelaki”


Dan lain-lain. Kenapa semua statement mesti kaitkan dengan lelaki? Haha.


Masa borak dengan EBS tu pulak, Cik Anis dapat statement yang ini;


“Mula-mula sebelum beli cincin dulu tu ingatkan jari tangan montok-montok sebab tengok badan macam berisi tapi bila tengok jari alahai keciknya. Halus benar.”


Hehe. Cik Anis berisi tahu. Banyak lemak@lemak banyak. ;) Certain bahagian badan boleh nampak rangka, certain pula gebus-gebus gitu. Haha. Tapi dari siku hingga ke jari adalah sangat halus. Tu sebab saiz cincin pun semakin kecik. Hehe.


Bila ada yang bertanya kenapa jadi macam ni? Cik Anis pun tak tahu nak jawab apa. Da Allah bagi macam ni, Cik Anis terima je la kan. ;)


EBS pula kata jari ni makin kecik sebab rajin buat kerja kot. Agaga. Tak tahu la pulak kebenaran yang itu. Mungkin sebab Cik Anis suka buat kerja DIY kan. Dulu ada bisnes handmade craft. Tanaga pada jari lebih banyak digunakan. Mungkin la itu salah satu sebabnya. Sekarang pulak sibuk nak men-DIY untuk wedding project pula kan. Makin meruncing la jari-jari ni. ;p


Tapikan, jari Cik Anis nampak tak normal bagi seorang perempuan dan nampak macam jari lelaki ke kalau kalian tengok gambar bawah ni?



Pakej tulang dan urat. Haha.




p/s: Gambar masa tunang dulu-dulu. Hihi.
p/s/s: Sepertinya cincin tunang yang baru tukar ni pun macam da nak longgar juga. Aiyok!


December 29, 2011

2012

Salam 


2011 da nak berlabuh weekend ni. 2012 da melambai-lambai je tu.



B2b 2012, macam mana persiapan anda?



Persiapan Cik Anis? Huu.



Takut pulak nak tengok checklist.



Untuk 2011 ni antara yang Cik Anis da selesaikan/otw nak selesaikan adalah beberapa perkara kot. Huu.



Eh by 2012 nanti baru Cik Anis share complete wedding checklist Cik Anis dalam blog ek. 



Till then, tata.




December 28, 2011

kekain untuk bebantal

Salam.







Da lama beli kain-kain ni untuk projek DIY tapi sampai sekarang tak buat apa-apa lagi. 




Aiyarkk. Momentom da lari. 



>____<



December 27, 2011

centerpiece

Salam.



Jalan-jalan cuci mata dalam shopping complex lepas tu terpandang satu kedai ni. Masuk tengok-tengok lepas tu terpandang pula bekas-bekas ni. Harga murah. Material eco-friendly. Ambil je la. Boleh buat pasu centerpiece. Hihi.





Warna dia light brown. Cawan ni diperbuat daripada serat buluh.



Sedang fikirkan sama ada nak kekalkan warna light brown ni atau spray warna putih.



B2b rasa mana lagi ok?



Light brown ke putih?




December 23, 2011

kisah semalam

Salam.


Semalam tak jadi kerja halfday. Terus cuti satu hari. Hehe.



Banyak perkara yang dilakukan.



  1. HIV test telah selesai dilaksanakan. Makan masa sikit sebab semalam merupakan hari pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Jadi turn kami untuk buat HIV test dikemudiankan. Takpe kita utamakan yang lebih penting iaitu ibu-ibu mengandung. Hehe.
  2. Da pergi survey vendor untuk khemah jamuan. Dapat harga kawan-kawan lagi. Hehe. Next week baru letak deposit.
  3. Semalam baru sibuk lengkapkan borang pendaftaran kursus kahwin. Hehe. Ye ye borang permohonan nikah da beli tapi kursus kahwin belum lagi. Dua-dua ambil gambar passport baru. Saja nak membazir. Huhu.
  4. Cik Anis beli beberapa perabot kecil sebagai kelengkapan bilik pengantin. Ala setakat side table dan towel rack je pn. Hehe. Lepas ni beli table lamp pulak.
  5. Sesi mengosongkan bilik anak dara untuk ditransform jadi bilik suami isteri adalah sangat mencabar. Banyaknya barang!
  6. Cik Anis da beli cat bilik. Hari ni adik Cik Anis akan memulakan tugasnya sebagai tukang cat. Hehe.
  7. Da survey kipas baru juga. Tapi stok takde jadi minggu depan baru beli.


Owh banyak da buat semalam. Hari ni kerja macam biasa. Malam nanti sambung buat paper bag doorgift pulak. Itu pun kalau bilik da siap di cat. Kalau tak mungkin duduk bermalas-malasan je la. Hehe. Esok ikut EBS pergi kenduri kahwin kawan dia lagi. Yeay! Ada b2b naik pelamin esok?



Happy weekend semua!!!



^_^



p/s: Ada beberapa sahabat bertanya bila tarikh majlis Cik Anis. InsyaAllah akan diwar-warkan nanti ye. ;)




December 22, 2011

hantaran hunting part ii

Salam.


Cik Anis kerja halfday hari ni. Tengah hari nanti baru masuk pejabat. Pagi ni Cik Anis dan EBS nak ke klinik kesihatan buat HIV test. *takut*


Tak ada apa nak cerita sebab dari tajuk pun da tahu apa kan.


Macam biasa kita bagi teaser je la ek.


Hehe.





From his to her.









From her to his.







Cer teka. Cer teka.


^_^



Ok bai nak gerak da.


December 21, 2011

oh ayah!



Balik kerja semalam Cik Anis dapat ini:













Borang permohonan nikah dan borang ujian HIV!




Baru plan nak beli awal tahun depan. Tengok-tengok ayah Cik Anis da mendahului dengan belikan borang untuk Cik Anis dan EBS. Siapa excited sekarang? Hehehehe.





Mari isi borang~~~





^______^




December 20, 2011

karikatur untuk majlis perkahwinan

Salam.


Masih ingat teaser Cik Anis yang ini?


Hehe. Benda ni da lama sebenarnya. Tapi Cik Anis tangguh-tangguh cerita sampai sekarang baru nak berkongsi cerita dalam blog 2hati-jadi1 ni.


Sebenarnya teaser tu adalah karikatur Cik Anis dan EBS. Hihi.


Tarikh Cik Anis tempah karikatur tu adalah awal bulan 7 lepas. Dekat 5 bulan tersimpan rapi cerita ni. Hehe.


Tujuan utama Cik Anis tempah karikatur ni adalah untuk jadi ikon kami untuk majlis kami nanti. Jadinya nanti kad jemputan, tq tag dan segalanya lah akan gunakan karikatur ni je. Nak letak muka sendiri Cik Anis segan la. Haha. Lagi satu nanti kalau orang buang-buang gambar kita tak seronok la kan. Baik guna karikatur je.




Karikatur 1 : saiz A3




Karikatur 2: saiz A4


Kos buat dua keping gambar ni cuma RM70 je. Murah ke mahal?


Masa Cik Anis baru ambil dari pelukisnya, adik Cik Anis pulak yang geram. Katanya muka Cik Anis dan EBS jauh beza sangat dengan gambar karikatur ni. Huhu. Cik Anis ok je. Sebab nak dapat 100% sama macam muka kita memang tak mungkin la kan. Yang ni pun da ok. ;)



Tapi malam tadi mak Cik Anis tengok gambar yang ada warna tu, mak Cik Anis kata muka Cik Anis ada iras, muka EBS je lain sikit. Hehe.



Cik Anis tunjuk gambar ni pada diorang dan suruh tukarkan posisi Cik Anis ke kanan dan minta lukiskan baju pengantin warna purple.



Antara gambar 1 dan 2 Cik Anis lagi suka gambar 1. Nampak lebih kemas. Gambar no.2 tu Cik Anis tak suka sangat sebab cara dia lukis karikatur Cik Anis posing tu semacam je. Haha. Baju pengantin pun tak macam baju pengantin. Huhu. Nasib baik gambar ada warna tu cantik. ;) Gambar 1 dan 2 merupakan pelukis yang berbeza.



Untuk majlis kami nanti gambar no.1 akan ambil alih sebagai 'kami' dalam segala bahan cetak. Hehe.


Dulu sebenarnya Cik Anis nak simpan je cerita ni. Nak reveal lepas nikah ke kan. Tapi macam tak seronok pulak sebab nanti nak bercerita tentang persiapan perkara-perkara yang melibatkan penggunaan karikatur ni takkan memanjang nak teaser sikit-sikit je kan. So terima la perkongsian penggunaan karikatur ni buat b2b semua. Hehe.


Ni kira DIY juga la kan tapi bukan Cik Anis yang lukis la. Hehe.


Sharing is caring.
Sharing is sexy.
;)


December 19, 2011

Majlis perkahwinan impian..errrr

Salam.


Mari ber-monday blues ramai-ramai. Hehe.


Cik Anis tak tahu nak mulakan macam mana. Tak tahu nak kongsi cerita macam mana. Tak tahu nak kata cerita sedih atau tak. Tak tahu la senang cerita kategori entry hari ni. Huhu.



Hari tu dapat satu berita, berita gembira sebenarnya. Tapi dalam pada berita gembira tu, ada la sedih sikit kotttt. Kira macam dalam setandan pisang, banyak yang manis tapi ada juga yang busuknya. Eh apa aku merepek dengan pisang ni. Haha.



Cut the story short, Cik Anis ada impian sendiri untuk majlis perkahwinan Cik Anis dan EBS. Tapi lepas dapat berita yang satu ni, kami gembira tapi dalam masa yang sama banyak plan untuk hari besar kami yang kena difikirkan semula. Tak terkilan pun cuma rasa sayang je kalau setiap yang kita rasa nak sangat buat untuk majlis kita tapi kena fikir semula sama ada nak teruskan atau tak.



Bukan masalah kewangan. Tapi sebab lain. InsyaAllah Cik Anis akan war-warkan next year la ek. Hehe. Sekali lagi ditegaskan, kami tak terkilan kalau tak dapat tunaikan majlis impian kami yang penting dapat nikah. *wink* *wink*


^_^





December 15, 2011

pembelian yang tidak dijangka


Salam.


Masih ingat entry angan-angan Cik Anis nak DIY pelamin sendiri tu?


Rentetan luahan rasa dalam entry tu, Cik Anis cerita la pada EBS keinginan Cik Anis yang satu ni.


EBS tu biasa la, apa saja idea yang Cik Anis ceritakan pada dia, dia setuju je. Hihi.


Sebenarnya angan-angan nak buat pelamin sendiri ni macam 50-50 jugak la. Yela antara yakin dengan tak je boleh buat sendiri kan.


Nak dijadikan cerita, satu hari tu Cik Anis ajak EBS cuci mata dekat kedai perabot. Kami ke Cavenzi sebab Cik Anis suka tengok koleksi Cavenzi dalam paper tapi tak pernah sekalipun jejak kaki ke showroomnya. Hehe. Design perabotnya kebanyakan up-to-date la kan. Tujuan ke sana Cik Anis nak tengok koleksi sofa diorang. Mana tau ada yang sesuai untuk letak atas pelamin ke kan. ;)


Pusing-pusing. Belek-belek. Kami berkenan dengan satu design sofa ni. Sangat trendy. Sangat stylo. Harga pulak memang telan air liur je la. Haha.


Lepas tu SA tu re-calculate lagi dan lagi sampai la dapat harga yang murah la jugak kot. Cik Anis dan EBS da berkira-kira nak ambil ke tak. Nak buat keputusan bukan senang tau. EBS siap baring-baring dekat katil display lagi. Sabar je la. Haha.


Setelah fikirkan pro and con maka kami decide untuk.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok tak payah nak suspen sangat la. Dari tajuk pun da tahu ini adalah entry berkaitan dengan satu pembelian kan. Hehe. Ye kami beli sofa untuk pelamin DIY kami. Da letak deposit pun. ^_^



Harga dia? 
Hampir sama dengan sebijik blackberry kot. Huhu.



Sofa ni kami cuma ambil yang two seater je walaupun set tu adalah 2 + 3 seater. SA tu suruh ambil satu set tapi kami tolak sebab mana la nak sumbat sofa besar-besar tu nanti kan. Nak pindah rumah lepas nikah pun tak tahu bila kan. Jadi lebih afdal ambil yang two seater je. Hehe.



Membazir?

Tak la. Setelah kami fikir-fikirkan, kalau bayar pada vendor, habis majlis semua barang bukan milik kita. Duit pun hilang macam tu je. Tapi bila beli sendiri, habis majlis, semua masih milik kami. Duit yang dikeluarkan pun masih nampak ada gantinya dengan barang kan? Bila pindah rumah nanti da ada sofa untuk rumah baru. ;)



Memandangkan sofa pun da letak deposit. Makanya nak tak nak pelamin nanti kena la DIY. Ayuh teruskan misi design pelamin DIY impian! Ecehh..



Sebagai penutup;






Mungkinkah design sofa pilihan kami seperti di atas?


Rahsia! ;)




December 14, 2011

lipat-lipat-lekat

Salam.


Da lama tak kongsi perkembangan DIY paper bag doorgift kan?


Last post berkaitan paper bag adalah yang ini. Bulan 7 yang lepas. Hehe.


Perkembangan terbaru setakat hari ini adalah lipat-lipat-lekat.


Lipat hujung paper bag.


Lipat doily paper.


Lekat doily paper pada paper bag.


Ada 2000pcs paper bag dan doily paper yang perlu dikerjakan.


~_^







December 13, 2011

wedding sepupu

Salam.


Sepatutnya semalam Cik Anis nak share beberapa gambar sekitar walimah sepupu Cik Anis ahad lepas. Tapi apakan daya diriku ini telah diserang sakit perut yang melampau-lampau. Huhu. Mak kata penangan air limau nipis dekat kenduri sepupu Cik Anis. Tapi yang peliknya cuma Cik Anis je yang kena cik cibir dan muntah-muntah. Orang lain steady je. Oh perut ku sensitif rupanya. Huhu.


Semalam ambil mc pun konon nak la ber-DIY sikit-sikit kan tapi memang tak larat langsung. Lepas pekena ubat terus tidur je satu hari. Harap-harap hari ini perut da kembali seperti biasa. Da kena pantang pedas dan masam untuk beberapa waktu ni. Risau kena serang cik cibir lagi. Huhu.


Ok berbalik kepada tajuk entry, ahad lepas merupakan walimah dua orang sepupu Cik Anis iaitu anak mak uda. Bulan lima lepas Cik Anis ada review majlis pertunangan sepupu Cik Anis ni. Dalam entry ini. Alhamdulillah dua-dua sepupu Cik Anis da selamat pun jadi suami dan isteri orang. Cik Anis menyusul kemudian. Hihi.


Tak banyak gambar yang diambil sebab sibuk melayan sepupu yang kecik-kecik. Tapi ada la sikit untuk dikongsi dalam blog ni. Hehe.



Cik Anis dan Kak Lin.

Kak Lin cucu perempuan pertama sebelah ayah Cik Anis dan Cik Anis cucu perempuan kedua. Jadi mari tunggu turn Cik Anis pula lepas ni. Haha.





Yang lelaki tu adik Kak Lin. Sama umur dengan abang Cik Anis.




Kak Lin dan suami.



Tema mereka adalah pink-purple. Tapi majoriti nampak purple la. Jadi secara tak sengaja tema kami adalah hampir sama. Takde tiru-tiru. Kebetulan je sama warna tema pulak. Hehe.


Buat Kak Lin dan suami, juga buat Rizan dan isteri,

Selamat Pengantin Baru.
Barakallahu Lakuma.
Semoga ikatan perkahwinan yang terbina berkekalan hingga ke syurga.
Aamiin.



Sebagai penutup;



Geram gila tengok baby ni. Chubby!!!





December 08, 2011

bila mereka bercerita tentang...

Salam.


Bila ramai b2b bercerita dilema dan angan-angan kasut untuk majlis perkahwinan mereka, Cik Anis nak cerita jugak! Haha.


Ok. Cik Anis tengok kebanyakan b2b banyak berkongsi keluh kesah tentang kasut impian mereka. Ada yang nak tempah, ada yang tak boleh decide nak tinggi yang macam mana dan macam-macam lagi.


Kalau tanya Cik Anis pula, pilihan kasut untuk majlis walimah Cik Anis bukan la custom made shoes dari mana-mana designer, bukan juga heels yang melangit tinggi tumitnya. Tapi....









Cik Anis pilih flat shoes je. Hihi.






Mungkin seperti ini cuma lebih bling-bling atau ber-brooch di depannya. Pilihan warna masih belum diputuskan lagi tapi kalau sedondon dengan baju meriah juga kan? Ngee..






Dulu-dulu Cik Anis pernah survey satu bridal ni, bila Cik Anis beritahu dia Cik Anis nak pakai flat shoes je masa sanding. Terus dia cakap "Tak cantik la takde tumit" =.="




Kenapa nak flat shoes je?

Bagi Cik Anis flat shoes adalah pilihan terbaik untuk Cik Anis. Sebabnya, Cik Anis dan EBS sama tinggi. Kira ok la kan pakai flat shoes je. Hehe. Walaupun EBS tak kisah pun kalau Cik Anis pakai wedges bila jumpa dengan dia tapi Cik Anis la rasa tak seronok sebab rasa 'galah' sangat la pulak. Haha. Untuk wedding nanti pun taknak la pakai wedges atau heels. Biar kami kekal sama tinggi je. Alaa kasut kan terlindung disebalik dress nanti. Tak kisah la kan ada tumit atau tidak. ;)




Tak cantik la nanti OP nak shoot kasut tengok flat je?

Yang ni bukan masalah. Hehe. Standard la bila OP nak shoot moment bride pakai kasut, kasut letak dekat atas karpet la dan macam-macam shoot berkaitan dengan kasut bride ni kan. Untuk part ni Cik Anis akan gunakan wedges. Kira wedges ni sekadar props untuk mencantikkan gambar je la. Ok kan? Hehe. Untuk bergambar dengan EBS dan untuk sanding Cik Anis akan sarung flat shoes je.







Tak membazir ke kena beli dua pasang kasut pulak?

Tak perlu beli pun. Kebetulan zaman muda dulu Cik Anis adalah penggemar wedges maka masih banyak koleksi wedges yang tak pernah dipakai lagi. Dan salah satunya adalah wedges warna purple! Memang masuk sangat dengan tema. Haha.



Wedges Cik Anis fully purple dan tiada aksesori tambahan. Material bling-bling sikit. ;)



Ok kan plan Cik Anis ni? 

Adalah satu kelebihan buat b2b yang lebih rendah dari pasangan sebab tak perlu fikirkan sangat pilihan tumit kasut kalian. Rasa berkenan je boleh cari. 1 inchi, 2 inchi mahupun 5 inchi. Tapi untuk situasi Cik Anis dan EBS yang sama tinggi ni memang pilihan terbaik adalah takde tumit langsung. Hehe.


Walaupun ada kasut lelaki yang bertumit tapi tahu je la kan kasut lelaki ni harga berkali ganda lebih mahal dari kasut perempuan. Tak nak la EBS membazir beli kasut bertumit semata-mata untuk majlis kami ni. Nanti takkan nak buat pergi kerja pulak kan. Tak kelaaaasss tau. Haha. Kasut perempuan murah je. Setakat flat shoes tu rasanya tak sampai RM50 pun boleh dapat. Hehe.





Tapi kalau susah sangat nak cari flat shoes yang memenuhi citarasa Cik Anis, Cik Anis beli ni je la;




Cara apa gayakan dengan wedding dress. Haha.






p/s: Eh tapi bila difikirkan lagi memang berkenan betul nak sarung sneakers je masa sanding nanti..Hahaha! XD


December 07, 2011

the outcome

Salam.


Kononnya nak berceloteh hasil DIY bunga telur tapi rasa malas nak menaip.


Tepek gambar je la ek.
















The outcome.




Takde bling-bling. Takde pearls. Simple je.




QC kata: OK! Proceed!



Hehe.



Anda kata: ???



Kalau rasa tak cantik pun takpe. Baru pertama kali buat kan. Mana la ada pengalaman sebelum ni. ^_^


December 06, 2011

rasa nak buat la


Dulu-dulu, da pernah terlintas nak buat benda ni sendiri.


Lepas tu cuba suarakan pada yang lebih arif tapi katanya tak perlu sebab hanya untuk sehari, sewa saja.


Fikir semula, betul juga. Jadi lupakan je hasrat tu.


Tapi tu duluuuu...beberapa bulan yang lalu.


Sejak kebelakangan ni pula, naluri nak buat benda tu sendiri makin menjadi-jadi.


Yang arif tolong la terima hasrat hatiku ini ye. Pleaseeeee mommy!!! ;)





















Faham tak? Hehe.


Sebenarnya Cik Anis rasa naluri nak DIY pelamin sendiri makin menjadi-jadi pulak sekarang ni. Lagi-lagi lepas tengok ramai b2b yang DIY sendiri pelamin nikah/sanding. Wah kreatif bangat kamu-kamu ni!


Sikit-sikit idea tu da ada dalam kepala ni. Sikit-sikit juga Cik Anis da terjemahkan idea tu atas paper. Hasil lukisan? Nanti upload ek. Hehe.


Konsep pelamin DIY Cik Anis nanti adalah segalanya boleh guna semula lepas majlis nanti. Kiranya bahan-bahan untuk buat pelamin tu nanti akhirnya akan dibawa untuk pindah rumah baru nanti. Hehe. Ok tak?


Sekarang Cik Anis nak fikirkan bahan-bahan yang sesuai untuk DIY pelamin ni. Yela da kata semuanya nak diguna semula lepas majlis kan. Kena la buat pembelian bijak. Hehe.


Doakan hasrat Cik Anis nak DIY pelamin ni diterima mak ayah Cik Anis dan ianya menjadi kenyataan ek!
^_^



December 05, 2011

OP booked! dan cerita disebaliknya. *drama*

Salam.



Dulu Cik Anis pernah mentioned da booked OP dekat Pameran Raja Sehari Plaza Angsana kan. Ada dalam entry ini.


Ok yang kali ni episod lain. Haha. Tiba-tiba ada episod lain pulak kan. Sejak bila mentioned nak buat episod pun tak tahu. Hehe.


Yang sebenarnya ada cerita yang nak dikongsikan.



Tahu tak,



Deposit da bayar pada OP yang dekat pameran pengantin tu tau.



Tapi,



Hari tu kan,



Cik Anis booked OP lain pulak!
>______<



Ini kerja gila tahu.
Deposit pada OP tu bukan sikit tapi sangat besar nilainya. Dan kalau ikut TnC, deposit takkan dipulangkan bila kita batalkan tempahan. Huhu.



Kenapa booked OP lain?

Entah. Masa Cik Anis tengok hasil karya OP dekat pameran pengantin ni, Cik Anis suka tengok hasil kerja dia. Tapi bila Cik Anis da view website dia, Cik Anis tak boleh nak suka langsung hasil karya dia. Serba serbi Cik Anis tak suka. Cik Anis cuba juga untuk suka tapi serius hati ni macam tak boleh nak terima hasil karya dia. Mungkin bukan mengikut selera jiwa Cik Anis.


Mula-mula nak tahankan je la. Mungkin hanya perasaan je kan. Tapi bila fikirkan OP ni tugasnya untuk capture moment indah pada majlis kita kan. Kalau kita awal-awal da tak boleh terima hasil kerja dia mesti la kita susah hati fikirkan hasil kerja dia untuk majlis kita nanti kan.


End up, Cik Anis cerita juga dekat EBS yang Cik Anis tak boleh nak suka hasil karya OP ni. EBS tanya betul ke nak cancel ambil dia. Cik Anis serba salah juga nak jawab sebab kos OP ni EBS yang akan bayar. Nak burn deposit tu memang rasa sayang sangat. Tapi nak terima sesuatu yang berharga untuk hari bersejarah kita dalam keadaan hati yang tak suka lagi la sayang kan. Majlis walimah tu cuma sekali je berlangsung. Setiap moment tak ternilai harganya kan. EBS pula menambah rasa bersalah Cik Anis bila dia kata dia tak kisah kalau deposit tu burn. Yang penting gambar majlis nanti tak disaster. Tu pun lepas Cik Anis btau dia "Harap-harap gambar kita nanti tak disaster la." Huhu.


Dalam pada tengah dilema nak cancelkan atau tak OP tu, Cik Anis boleh pulak survey pakej OP lain kan. Haha. Nampak gaya memang nak tukar OP jugak la ni. ;)


Ada beberapa OP yang Cik Anis email dan minta quotation. Semua memberikan kerjasama yang sangat baik. Semua OP yang Cik Anis suka, balas pertanyaan Cik Anis. Kemudian bermula la perbandingan hasil karya yang terbaik di antara yang terbaik dan perbandingan pakej yang lumayan.


Setelah fikir masak-masak sampai rentung terbakar *amboi perumpaan* Cik Anis pilih satu OP yang memang sangatttttt hebat hasil karya dia pada pandangan mata kasar Cik Anis ni. Well sebenarnya OP yang ni macam pilihan kedua juga. Pilihan pertama adalah OP dari selangor *cuba teka siapa* tapi OP ni tak available pada tarikh kami. Jadi Cik Anis pilih OP yang lagi satu ni. Memandangkan tarikh kami masih kosong terus Cik Anis booked dia. Tak nak terlepas OP kegemaran lagi. Hehe.


Macam mana dengan deposit OP pertama?


EBS suruh Cik Anis selesaikan sendiri. Kira Cik Anis yang kena call OP ni dan uruskan hal berkaitan deposit kami ni. Sama ada dapat semula, digantikan dengan barang atau burn. EBS tak nak uruskan sebab Cik Anis yang nak sangat tukar OP. Huhu. Part ni Cik Anis belum buat lagi. Mungkin weekend nanti ke baru call OP ni dan selesaikan semuanya. Harap-harap dipermudahkan urusan nak cancel booking ni.



Kesimpulan

B2B semua, please, please, korang buat la pilihan dengan bijak dan terancang ye. Survey sampai lebam nak guna OP mana untuk majlis korang nanti. Lagi satu ikut la kata hati. Macam Cik Anis sebenarnya awal-awal memang tak nak ambil pakej OP ni tapi sebab EBS macam berminat Cik Anis turutkan je. End up kami batalkan juga OP ni sebab jiwa Cik Anis memberontak tak nak guna khidmat dia. Jangan jadi macam Cik Anis ok. Sebelum korang pun akan menyesal kena fikirkan nasib deposit tu. Huhu.


Kalau ke pameran pengantin, pastikan korang tahu OP mana yang ada dekat situ so korang boleh tengok-tengok dulu hasil kerja mereka dekat website. Lepas tu boleh pergi ke pameran dan tempah diorang untuk majlis korang. Harga dekat pameran selalunya ada diskaun. Kalau terus redah pameran macam kami nanti jadi la macam situasi kami ni. Jangan menyesal kemudian hari ok!


Macam mana dengan nasib deposit kami? Tunggu next entry bila Cik Anis da call OP tersebut ok.


Nama-nama OP yang terlibat dirahsiakan. OP terbaru juga dirahsiakn. Lepas majlis baru reveal. Boleh? ;)



December 01, 2011

DIY: bunga pahar @ bunga telur

Salam.


Dari tajuk pun da tahu la kan nak cerita pasal apa.


Untuk majlis kami nanti, bunga pahar @ bunga telur untuk diletak atas pelamin tu adalah hasil buatan tangan Cik Anis sendiri.


Sebelum ada blog dulu, Cik Anis rajin jalan-jalan baca entry b2b lain. Banyak b2b kongsi idea bunga telur yang cantik-cantik. Lagi-lagi idea bunga telur DIY. Sangat teruja nak cuba buat sendiri juga.


Oleh itu, moh la kita ke kedai kraf untuk cari bahan-bahan yang patut.




Hasil rembatan:

Crepe paper putih dan violet - warna tema kami
Dawai halussss
Putik bunga warna putih
Lidi
Reben organza purple
Reben satin purple dan putih
Selotape putih
Kain net purple
Polistrene - takde kaitan dengan projek bunga telur. Tu untuk projek lain. Hehe.


Semua bahan ni beli tak ikut sukatan pun. Cik Anis beli je asalkan cukup untuk bentukkan satu bunga telur sebagai percubaan.


Lepas tu kena tunjuk pada QC.


QC?


Ye. QC.


Siapa lagi kalau bukan EBS. Haha.



Dia la bakal suami yang sangat ambil tahu setiap perkembangan persiapan majlis. Kalau takde perkembangan terbaru memang kena ceramah free je la. Hihi.


Cik Anis takde pengalaman buat bunga telur pun. Kira untuk majlis kami ni la pertama kali Cik Anis hasilkan bunga telur.


Hasilnya?


Next entry ye. Haha.




November 30, 2011

groom's outfit
























Cik tunang nya gilakan k-pop lantas meminta Encik tunang beliau menggayakan suit seperti group k-pop untuk majlis mereka nanti. 


Berambut spiky. Bersuit fit di badan. Bertali leher kecil. Berkasut tirus. Haih. *meleleh air liuq*


Jawapan Encik Tunang:

Amboi. Nak suruh transform jadi group k-pop jugak ke?


Miahahaha.


Berangan je la. ;)



November 25, 2011

Petua 8P dari Ustazah Siti Nurbahyah



Petua 8P untuk peroleh kebahagiaan dalam melayari rumahtangga kelak.


1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.


7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) PERMOHONAN
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya..

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"


source: fb

November 24, 2011

berurut dengan Cik Nab

Cerita pengalaman pertama berurut. Hehe.


Masih berkisar tentang aktiviti weekend lepas. Sabtu malam lepas isyak Cik Anis ditemani EBS ke rumah makcik urut.


Tahu je la masalah Cik Anis tentang period cycle ni kan. Huhu. Lepas makan vco dulu memang period cycle ok sekejap. Tapi bila Cik Anis da ambil beberapa botol, da takde pape kesan pun. Makan dengan tak macam sama je. Mungkin vco da tak serasi dengan sistem dalaman Cik Anis. Orang lain Cik Anis tak tahu la kan. Kesannya mungkin berbeza.


Sebelum cuba vco, Cik Anis pernah ambil ubat klinik. Kira cuba perubatan moden la kan. Tapi kesannya hanya nampak bila makan ubat je la. Bila da berhenti ambik ubat, terus jadi balik macam sebelumnya.


Hari tu Cik Anis teman EBS ke kenduri cukur jambul pegawai tempat kerja beliau. Tengah borak-borak dengan akak tu, Cik Anis dengar la dia cerita tentang makcik urut yang dia jumpa lepas dia nikah dulu. Terus la Cik Anis minta contact number mak cik urut tu. Hehe. Jadi kali ni nak mencuba cara tradisional pulak. Kita usaha lepas tu tawakal pada Allah la kan. Kalau sembuh Alhamdulillah.


Temujanji dengan makcik urut ni sabtu malam lepas la. Peramah je makcik ni. Muda je lagi dalam 40-an camtu la. Cik Anis cerita masalah Cik Anis lepas tu dia syorkan urut satu badan. Cik Anis ok je la. Maklum la orang takde pengalaman berurut, tak tahu la macam mana rasanya kan. Hehe.


Pengalaman pertama?


Tak tahan geli!! Haha.


Bayangkan makcik ni urut Cik Anis sambil bercerita dan beritahu keadaan dalaman Cik Anis. Dalam pada dia berborak dengan Cik Anis tu Cik Anis dok tahan ketawa je. Haha. Serius tak tahan geli. Ni sambil taip bila teringat makcik tu urut memang rasa nak gelak lagi. Haha.




Kalau ikut cerita Cik Nab ni, macam-macam;

  • badan Cik Anis banyak angin; dia kata belakang Cik Anis merah-merah banyak sangat sebab angin
  • urat ke tulang belikat ek, tersimpul ni yang buat selalu rasa mengantuk
  • Cik Anis ni jenis da penat tapi nak buat kerja lagi. Badan macam kena paksa. Huhu. (kerja banyak terpaksa la tolak rasa penat ke tepi)
  • Sensitif ni.(ngee)
  • Selalu stress. Lain kali ada masalah jangan pendam sendiri. Cari orang untuk luahkan. (baik la Cik Nab)
  • Badan ok, muka ok, senyum cantik (auww kemain Cik Nab puji) tapi acik rasa kau ni mesti lemah kan. Sikit-sikit nak nangis. (haha..betul la tu. Sensitif la ni)
  • Bahagian bawah perut buncit sebab kedudukan rahim tak betul. (huhu)



Banyak lagi komen Cik Nab ni tapi ni antara yang Cik Anis teringat la. Yang bahagian bawah perut tu memang Cik Nab urut untuk betulkan kedudukan rahim semula. Sakit? Tak payah cakap la. Bayangkan nak tahan rasa sakit dan geli dalam satu masa. Mana satu nak fokus dulu? Huhu.


Masa dia buat urutan tolak rahim tu memang senak sangat perut ni. Nasib masa pergi urut tu belum makan lagi. Huhu. Keesokkan harinya memang bahagian bawah perut ni sakit jugak la. Lagi-lagi bila terlanggar barang ke. Sakit. >_<


Cik Nab kata urut ni bagus tau. B2b yang tak pernah berurut cuba la. Tapi harap kalian bukan penggeli macam Cik Anis la. Hehe.


Cik Nab pun bagi nasihat, amalkan pakai panty dan pad herba sebab tu bagus untuk dalaman. Selain tu mesti ambil minuman kesihatan. Jamu tu optional la. Nak ambik boleh, kalau tak nak pun takde masalah.


B2b atau ex-b2b yang rasa nak cepat tukar title jadi ibu, cuba la berurut. Mungkin dapat membantu. Mengikut cerita pegawai EBS, lepas diurut dengan Cik Nab terus pregnant. Rezeki dia kan. ;)



Sebagai penutup;





Hasil rembatan bahan-bahan untuk DIY VIP doorgift di mydin jb. Hehe.




November 23, 2011

wedding b2b: chacha

Wedding review hari ke-3.


Kali ni Cik Anis nak review majlis walimah ex-b2b chacha pulak.


Cik Anis dan EBS sampai agak lewat jugak. Dekat pukul 4 da kot. Majlis pun da nak berakhir pun. Tapi nasib sempat jumpa chacha n hubby sebelum diorang keluar buat outdoor photoshoot.


Gambar sekitar majlis chacha pun tak banyak mana sebab masa tu kendarat pun da sibuk kemas-kemas meja pun. Hehe.





Sempat menconteng guestbook chacha. Kali ni tangan tak vibrate da. Malah boleh menulis dengan riangnya. Warna-warni lagi ucapan kami. Lebih hebat siap mintak pen warna dekat sorang adik yang ada kat guestbook corner tu jugak. Haha. Maaf adik, akak kejam kan. Haha.


p/s: EBS kini memahami tunangnya seorang blogger. Setia menjadi photographer untuk cik tunangnya berposing sakan. Haha.




Hasil contengan. Kalau boleh semua warna yang ada Cik Anis nak guna. Hee. Tak nampak sangat pulak.




Borak-borak kejap dengan chacha then minta izin pengantin baru ni nak ajak posing dekat pelamin. Hehe.




Kita tolak tepi yang lelaki. Kasi can la b2b ambik berkat dengan ex-b2b je atas pelamin kan. ;)




Ni semua hasil doorgift dari rumah chacha je tau. Banyak kan?




Isi dalam kotak besar tu. Yang ni untuk kawan-kawan pengantin je. ;)




Doorgift yang ni dapat dari parents chacha. Ada nasi minyak, sweets dan kotak juga.




Isi dalam kotak kecik pulak.



Dua-dua kotak ada pocket calendar. Cantik! ;)


Dekat guestbook corner dapat sweets satu bungkus tu. Hehe.


Wedding reen dan chacha sama tarikh dan sama warna tema. Hijau-putih. Dua-dua wedding b2b ni cantik tau. Seronok jumpa both of u dear!


Selamat pengantin baru reen dan chacha!



Maka tamat la wedding review sepanjang weekend lepas.


Next weekend ni ada jemputan lagi tak? Hehe.